' Saya tak mahu membenci orang, tak mahu buruk sangka dengan orang juga tak mahu bermasam muka dengan orang. Cukuplah dengan apa yang dah berlaku. Walaupun perit dan sakitnya hati, rasanya saya dah boleh terima dengan apa yang berlaku. Betul kata ibu, saya patut sedar diri saya dan sedar taraf saya dengan awak bagai langit dengan bumi. Saya cuma bermimpi. Mujur mimpi itu hanya sementara dan bukan berkekalan. Nasib ibu sedarkan saya, siapa saya sebenarnya. Saya masih berdoa semoga awak bahagia dengan pilihan awak dan cuba belajar menghargai dia. Mungkin tidak akan terjalin kembali hubungan kita seperti dulu walaupun sebagai kawan. Disebabkan masalah masalah yang tertentu yang membuatkan kita susah untuk kembali berkawan. Rasanya cukup lah sekali perkara ini berlaku. Betul cakap ibu, jangan jadi anak derhaka kepada ibu bapa. Mereka layak menentukan haluan hidup anak anak mereka. Mereka mahukan yang terbaik untuk anak anak mereka. Dan itu lah yang berlaku antara kita. Saya cuba jadi kuat dan tabah dan juga belajar untuk terima semua ini dengan hati yang tenang. :') '
*tak tahu kenapa air mata bertakung bila tulis post nihh. tolong jangan mengalir lagi. Sebab dah tak ada guna.
syud ♥
No comments:
Post a Comment
just leave ur comments here.
:)