T H E M !

Day 01- A recent picture of you and 15 interesting facts about yourself

15 May 2011
Captured by Payed


15 interesting facts about myself

1:
Seorang yang boleh dikatakan gemok pendek sebab syud pendek dan berisi kalau nak bandingkan dengan kawan kawan yang lain. Tapi tak kesah sebab da selalu kene panggil pendek gemok dengan kawan kawan terutama sekali Arun, Muiz dengan Ifan. As usual, ada aku kesah? hahaha.

2:
Pipi selalu kene cubit oleh kawan kawan disebabkan terlalu chubby dan comel. *pangggg (!) Bak kata diorang ok. Selalu jugak kene lempang dengan Ainor bak kata Ainor, ' pipi kau sedap kene lempang.' Dah tuh lagi satu, tak kisah la ada kelas ke, tengah study ke, tengah kerja ke, sure ada tangan yang gatal tarik pipi panjang panjang. Memang taknak sakit lagi. Bak kata Theva, ' pipi kau tembam.' Bak kata Sanju, ' aku dah lama tak picit pipi kau aku rasa.' Kesian kannnn?

3:
Ramai yang jealous especially Ainor sebab muka Syud takdek jerawat. Tu lah untung nya orang kulit gelap. :))

4:
Seorang yang sangat manja dengan parents dan kawan kawan. Semua orang tahu ini sebab Syud sorang je anak perempuan dalam family plus anak sulung. Tapi kalau in a relationship susah nak manja sebab segan. Tapi lama lama BF sendiri yang cakap, 'awak manja sebenarnya.' hahha. Tapi tu dulu lahh. Sekarang single balik dahhh.

5:
Masa sekolah menengah ramai sangat kawan lelaki sampai kawan perempuan boleh kira pakai jari. BFF pun lelaki. BFF perempuan pun ada jugakk tapi boleh kira la kan. Kalau buat open house, perempuan tak sampai 10 orang tapi lelaki mahu la cecah sampai 2o orang. Tapi sekarang macam da ramai kawan perempuan. Bukan macam tapi memang sebab sekarang college semua perempuan. Tapi bukan lah BFF. Seriusly, kawan dengan perempuan macam lecehh sikitt.

6:
Kalau keluar perkara wajib yang ada kat muka, lipgloss, eyeliner dengan compact powder. Kalau tak letak muka memang macam penat gila disebabkan tidur yang tak cukup.

7:
Seorang yang sangat sangat tepati masa. Sebab pegang dengan kata kata ibu, ' Biar kita tunggu orang jangan buat orang tunggu kita.' Tapi dalam masa yang sama, tak suka menunggu orang lama lama. PALING TAK SUKA. So, kalau nak keluar dengan Syud memang kene 'on time'. Sorryy la ye. Kalau orang yang tunggu Syud, Syud yang rasa bersalah.

8:
Sangat suka warna pink, purple, biru, hijau, putih dengan hijau. Tapi kalau nak kawen, dah cakap kat ibu nak gabung warna pink dengan purple. Sebab pink dengan biru da ramai orang buat. So, tak mau. Hahaha. * Pangggg (!) Jangan nak berangan. Belajar pun tak habis lagi.
*Tu pun kalau ada calon syud.

9:
Sangat sangat suka kan teddy bear sampai ibu pun bising sebab terlampau banyak teddy bear yang ada. Dah besar pun still tidur pelok teddy bear. Haha. Tak kesah pun janji tidurku lena. Hee.

10:
Syud lagi prefer lepak kat kedai mamak or kedai tepi jalan daripada restaurant restaurant. Tak tahulah kenapa. Bukan setakat save budget je tapi mknn kat sana pun sedap jugakk kan? Simple and affordable. Betul tak? Dah la murahhh. Tapi kalau nak privasi tuhh, boleh lah nak gi restaurant yang up sikit. Tapi tak pernah pergi punn. :))

11:
Tak boleh hidup kalau tak ada lappy, handphone, camera, purse, ipod shuffle. Tu adalah perkara wajib dalam hidup. Hee.

12:
Suka handbag yang besar besar. Tak suka yang kecik kecik. Kalau besar macam macam boleh isi. Kalau kecik boleh isi apa? Purse aku pun da besar. hahah.

13:
Sekarang drive kereta auto tapi more prefer kereta manual. On the way nak belajar balik. *okayyy korang boleh gelak sekarang.

14:
Sangat suka berambut panjang. Tapi once kalau rambut bercabang da keluar memang geram gila. So, kene amek decision potong rambut. Ouhh ya, sangat suka rambut original Syud. Tak nak buat rebonding ke ape. Sebab Syud rasa rambut original saya lagi lawa. auwww. *okay. perasan. hahah.

15:
Senang dapat penyakit. Antara penyakit yang ada, mild anemia, urinary tract infection, dysmenorrhoea dengan migrain. Tu je buat masa sekarang. Hee. Akan bertambah lagi tak rasa rasanya?

Tu jelah kot interesting facts pasal Syud. :))

No comments:

Post a Comment

just leave ur comments here.
:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...