T H E M !

Ingat aku seorang je yang perasan


Ingat aku seorang je yang perasan rupanya ramai jugak yang perasan perkara nih. Salah seorang yang perasan perkara orang yang aku sayang sangat. Yang kat atas tuhh. Sesungguhnya dia amat mengetahui isi hati anaknya. Dia akan bersungguh sungguh berusaha untuk membuatkan anak dia gembira walaupun perkara tu dia akan tahu akan melukakan hati seseorang.

Mungkin betul kata orang, mungkin disumpah, mungkin bala dan mungkin juga dugaan yang telah diberikan kepada aku untuk jadi lebih kuat. Setiap kali exam melanda, maka melanda juga lah masalah dalam diri aku. Kali ni pun begitu. Boleh dikatakan setiap semester aku kene lalui aku kene lawan benda benda nih. Sampai ada orang cakap, mungkin bala yang datang kat aku. :(

Kawan kawan college jugak perasan perkara nihh. KAWAN COLLEGE sahaja. Yang lain tah lahhh. Mungkin lebih menuduh daripada minta penjelasan. Mungkin mereka tidak faham apa yang aku lalui. Bukan tak mahu bercerita tapi tidak mahu buka pekung di dada. Nanti apa pula kata orang. Tak malu jaja cerita sana sini. Bak kata orang separuh yang mendengar masalah kita, akan mentertawakan kita sebab kita dalam kesusahan, akan menyampaikan kepada orang lain boleh jugak dikatakan untuk memalukan kita. Mungkin.

Betul kata ibu, kawan untuk ketawa memang ramai tapi kawan untuk menangis belum tentu akan ada seorang. Belum tentu BFF tuh akan menjadi selamanya BFF. Belum tentu BF yang kau ada sekarang akan selalunya ada disisi. Yang tetap hanyalah KELUARGA. Dan itulah yang aku cuba sekarang. Menjauhkan diri daripada semua orang. Kecuali KELUARGA. Dan KAWAN COLLEGE. Sebab kebanyakkan masa aku dihabiskan bersama mereka. Walaupun di sini aku tiada lagi kawan untuk bergelar BFF aku tapi at least di sini, sekurang-kurangnya mereka faham isi hati aku. Walaupun mereka tahu yang aku nih degil yang teramat, tak suka dengar cakap orang, buat apa yang aku rasa aku patut buat, tapi sekurangnya, mereka faham kita.

Sekarang pelbagai masalah yang timbul. Walaupun bukan semua bukan salah aku, aku cuma jujur. Mungkin ada hikmahnya. Mungkin jugak tiada. Tapi aku perlu terima semua ini. Sesungguhnya, aku sangat menyayangi dia walaupun dihalang pelbagai pihak. Aku redha dengan semua ini. Mungkin ALLAH ada perancangan lain untuk aku. Mungkin yang lebih baik. Jangan tanya kenapa aku sayangkan dia sebab aku sendiri tiada jawapan untuk soalan itu. Mungkin juga hati aku terlalu lembut. Mungkin juga hati dia terlalu keras. Walau apapun, aku doakan dia bahagia dengan orang yang dia sayang. Aku tak pernah salahkan dia selama aku berada dalam jagaannya. Dia seorang yang bertanggungjawab. Mungkin juga perlu faham dengan perangai dia. YA ALLAH, tolonglah jauhkan dia dari aku jika dia bukan untuk aku. Sesungguhnya aku tak sanggup lagi jadi begini.

* Syuhada, kau mesti boleh.
** currently listened to Kangen Band - Yakin cintamu ku dapat


No comments:

Post a Comment

just leave ur comments here.
:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...