Sekarang kan kan kan, semua gambar aku dah pakai tudung lahh. Pampang pulak dekat FB. Saje je. HEE. Bagus tak anak pakcik Hisham? Dah takdek dah gambar gambar yang tak pakai tudung. Alhamdulillah. Mungkin satu perkembangan yang bagus untuk diri aku. Mungkin untuk jadi lebih baik dari dulu. Insya ALLAH. Sekarang lebih tenang sedikit berbanding sebulan yang lepas. Alhamdulillah. Walaupun masalah masih ada, tapi dengan sedikit perasaan tenang tuh kadang kadang aku redha dengan apa yang berlaku. Bak kata ibu, Allah tak kan uji kita kalau DIA tahu umat-Nya tak mampu nak hadapi dugaan yang diberi. Kalau Allah bagi aku ujian ni, maknanya DIA tahu aku mampu menghadapi semua ini cuma keadaan dan masa yang akan menentukan.
Aku rasa aku semakin matang walaupun sedikit. Aku belajar untuk bersabar dan bersabar. Memang betul. Tak semua yang kita sayang, kita nak, kita akan dapat. Kadang kala harta yang kita sayang, benda yang kita paling nak, kita terpaksa lepaskan untuk kebahagian masing masing. Aku rasa ada betulnya juga cakap orang orang tua nihh walaupun aku nih susah sangat nak mendengar kata dalam erti kata yang lain, aku nih degil.
Insya ALLAH, satu hari nanti dapatlah korang korang tengok aku nih berubah untuk jadi lebih baik, lebih feminin, dan lebih bersabar. Satu hari nanti dapat la korang tengok perangai aku yang bukan lagi macam kebudak-budakkan. Masa tu akan tiba juga. Aku tak tahu bila tapi aku pasti saat tu akan datang. Aku akan buat ibu dengan ayah bangga dengan anak sulung mereka. Aku akan buat kawan kawan aku bangga sebab aku kawan dorang. Aku nak banggakan dorang. Aku tak tahu bila. Tapi aku akan pastikan. Aku berharap kehidupan aku selepas ini akan lebih tenang.
Terima kasih ibu, ayah, cousins, friends yang selalu dengar masalah aku. Aku tahu korang pun mesti dah naik menyampah kan kan? Insya ALLAH, aku akan hentikan semua nihh. Aku berusaha untuk menyimpan semua masalah tanpa menyusahkan orang lagi. Segalanya amat lah aku hargai. :)
* Aku tahu kebelakangan nihh post aku semua nye yang hati sayu. Tak tahu lahh kenapa. :')
kau rilek je dohh. masalah tu biasa. semua org ada masalah. i hope that you cn handle it well.
ReplyDeleteInsyaAllah :)
Thanks besties. Hope so. :)
ReplyDelete