T H E M !

Broga Hill (!)

Nih hari Selasa pagi punya cerita. =)

Plan pukul 0430 nak gerak pergi Broga Hill dekat Semenyih. Tapi disebabkan tertidur makanya, terlambat la sikit bertolak. Dalam pukul 0500 macam tuh baru bertolak. Ouhhh. muntah muntah ku masih tak elok. Nasib dah telan sebijik. Ejoy tak dapat datang sebab penat kot baru pindah rumah. Ejoy tak pergi ganti dengan orang lain pulak (!)

Bertolak dengan 2 kereta dan semestinya NAZA 3o sentiasa menemani aku dan kali nih Proton Iswara Coklat pun ada sekali. Ya, ganti dengan pemilik Proton Iswara nih haa. Apa mimpi dia nak ikut sekali tetiba je. And yes (!) Aku leading. MRRII tu jadi tempat kami 'ber-racing' dari Keramat sampai Kajang. Bila masuk Semenyih semua jadi slow sebab aku dengar instruction dari Ayie manakala Proton Iswara tu kena follow aku sebab dia tak tahu jalan. HAHA.

Aku baru bawak 140 150 km/h pun kena marah dengan Payol dengan MAH. Apatah lagi yang naik satu kereta dengan aku kan? Bernanah dengar mulut si Ayie dengan Payed nih bising suruh aku bawak slow. HAHA. Bak kata Ayie, ' Gila brutal kau bawak kereta. ' 'Kau dengan dia sama sama gila bila bawak kereta. '

Ayie target sampai Broga Hill pukul 6 pagi tapi pukul 5.45 kitaorang dah sampai. Ayie kata nasib kitaorang racing cepat gak sampai. HAHA. Nasib kan kitaorang nih pandai racing. HAHA.

Percaya atau tidak, aku masih lagi menyimpan tiket nih. Membawa seribu makna tersirat. =')


Mereka mereka nih la yang menolong aku naik sampai ke atas especially Ayie, Payol, Payed dengan MAH. Thanks ya. MAH sanggup turun balik bila nampak aku, Ayie dengan Payed takdek kat belakang dia. Maaf. Aku tak sihat masa nihh. :(

Payol & Ayie

SyafiQ

Payed dengan muka bangganya (!)

MAH a.k.a pemilik kereta Proton Iswara.

Nampak tak muka bangga MAH bila sampai atas puncak tuh?

Rasa sangat aman dan tenang berada atas bukit tu. Tanpa disedari air mata mula mengalir. Banyak kenangan aku di sini walaupun selama 2 jam sahaja. Banyak benda yang tersirat yang tidak dapat diluahkan sepanjang aku berada di sini.

Habis mendaki, budak budak nih semua nak pergi mandi. Sanggup nak mandi jugak walaupun tak bawak baju. Maka, kami yang menjadi driver bawak la mereka ke Sungai Tekala. Yang penumpang semua pergi mandi, yang driver dua dua sibuk membuta dekat pondok. Penat duhhh (!)


* Cukup la bagi aku bila kau tegur aku dan kau tolong aku naik turun bukit tuh. Walaupun ada sekali kau marah aku masa nak turun sebab aku degil. HAHA. Terima kasih kerana menghulurkan tangan. =')


No comments:

Post a Comment

just leave ur comments here.
:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...