T H E M !

Hanyalah Luahan hati bila tiada siapa yang mendengar rintihan hati.

Aku dapat tahu ayah kau masuk hospital. Ibu yang bagitahu. Rasa kesian dalam hati sebab aku penah rasa apa yang kau rasa sekarang. Tapi lagi teruk kot.

Pagi Isnin, aku sangat seronok bila nampak kereta kau kat depan. Aku rasa macam dah lama tak nampak. Mungkin selepas raya kali terakhir aku nampak kau kat sini sebelum kau balik ke tempat kau belajar. Aku sangat gembira bila kau tegur aku tengah hari ini. Macam dah lama tak borak dengan kau walaupun hanya kurang dari 1o minit. Hanya Allah saja yang tahu betapa gembiranya hati aku bila nampak kau. Dan setiap hari jugak la aku curi curi pandang kau sampai hari Jumaat. Ye, itu kali terakhir aku nampak kau sebelum kau balik kampung kau.
Aku ada melawat ayah kau kat hospital. Itu pun lama ibu pujuk tapi aku tak berani masuk dalam. Sebab aku sedar siapa aku. Aku tak layak dengan kau.

Ibu cakap, ayah kau menangis bila peluk ayah aku. Dan mak kau pulak menangis bila peluk ibu aku. Kenapa perlu mak kau menangis sedangkan dulu mak kau selalu buat ibu aku sedih dengan tuduhan yang melulu masa kita menjalinkan hubungan. Aku tak tahu siapa yang salah. Tapi bila ibu cerita, kesian jugak aku tengok parents kau. Aku pernah rasa lagi lagi kita sama sama anak sulung. Aku tahu beratnya tanggungjawab yang kita kena pikul. Aku respect kau sebagai seorang abang. Ayah pulak dah maafkan segala apa yang berlaku antara mereka begitu jugak ibu. Aku bersyukur.

Ibu cakap ada solat hajat untuk mendoakan ayah kau. Ibu ajak aku pergi doakan sekali. Ibu cakap dulu parents kau ada doakan ayah aku masa ayah aku sakit dulu. Aku balas balik budi baik parents kau. Aku pergi juga. Aku rasa aku dah jalankan tanggungjawab aku sebagai kawan kau atau sebagai bekas kawan kau. Aku tak tahu kau anggap aku sebagai apa sekarang. Aku berdoa semoga ayah kau akan sihat seperti sediakala.

Sesungguhnya aku rindu dengan kau. Banyak benda yang aku nak buat dengan kau macam dulu. Kita lepak sama sama dengan gemok. Dengar cerita bodoh kau sambil lepak bawah pokok nangka kalau tak pun kat park motor. Aku rindu nak kau jadi driver aku. Banyak tempat yang mengingatkan aku tentang kau. Sebab aku banyak kenangan bila dengan kau dan aku rasa ianya punah bila hanya dengan satu sebab. Aku tak tahu. Aku selalu tipu dengan perasaan nih.

Aku tahu kau bahagia sekarang dengan si dia. Dan aku tahu aku harus terima kenyataan bahawa kau dengan aku dah tak ada apa apa hubungan lagi. Aku harus belajar menerima semua realiti ini walaupun aku terpaksa menipu dengan perasaan aku juga ibu aku.

Lama menyimpan perasaan dalam hati. Masih lagi kau. Walaupun hubungan itu bertahan untuk 7 bulan di atas sebab sebab yang tertentu.


* Maafkan aku, MAH.
='(


No comments:

Post a Comment

just leave ur comments here.
:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...