T H E M !

X'mas (!)

Date: 25 December 2011
With: Ainor, Yvoone, Santoshi and Donna.
Venue: Mandy's house at USJ 6, Subang.

Seronok and excited (!) That's the word.
Balik kerja terus siap siap get ready sebab aku lah orang yang paling lambat bersiap. Nasib balik kerja before dorang balik. HEE. So, outfit for today. Here there are.

...


...




...




...






Simple je tapi ramai cakap dah kurus. Masalahnya tak nampak kurus pun bila kau tahu berat badan kau naik 1.5 kg. =D

Dan seperti biasa, saya sebagai driver dan co-driver nya adalah Yvoone. =D
Sangat penat mencari rumah Mandy disebabkan jammed (!) Ramai gila orang pi Sunway. Cipanziiii (!) Tahu lah Christmas ramai masuk gaji awal. Cehhh. Ouhh ada mamat Avanza cuba meng'usha' NAZA 3o padahal GF ada kat sebelah. HAHA. Semua dalam kereta ketawa macam orang gila. Kau memang kelakar la mamat Avanza. HEEE.

Meet Mandy's mommy. Parents dia sangat sporting gila habis. Kelakar okay. =)
Menu untuk hari ini ialah nasi briyani. Sangat lapar sehingga menjilat semua jari jari tangan.

Kawan kawan saya semua nya dari pelbagai bangsa dan agama. Ouhh ya, pelbagai perangai jugak. Macam macam pe'el ada dengan diaorang ni. Kata 1 Malaysia kan? HEEE.
Thanks Yvoone for being our photographer. =)

Thanks to Mandy's brother, Jason who snap this pic. Walaupun dia admit tak reti nak pakai DSLR. HEE. Funny kan?

No caption pun. Saje je sebab rasa pokok nih lawa. HEE. =)

Before naik bilik Mandy disebabkan keletihan yang melampau. Almaklumlah semua kerja pagi kan. :)

Dah sampai bilik Mandy, nampak katil besar, apa lagi. Paham paham sendiri lah. Nasib lah aku sempat bukak mata. Bak kata Yvoone sempat pose lagi. HAHA. Tengok semua orang lena tidur kan? Padahal aku yang drive. HEE.

Before balik college. Aku tak tahu lah kenapa tapi aku memang suka gambar nih. Suka sangattt (!) Okay, next photoshoot plak nanti. =)

Last but not least, Merry Christmas to Mandy's family. Thanks for the food. You guys rock babe (!) We are so happy.

Rindu.

WOW (!)
Dah lain sekolah nih kan? Hari tuh saje je jalan jalan balik sekolah nih. Rindu nak pergi sekolah balik. Queen cakap, ' masa waktu tengah sekolah dulu rajin nak memonteng je kalau kerja tak siap. Sekarang diploma dah nak habis baru sibuk nak pergi sekolah balik. ' HAHA
Memang betul pun. Mentang mentang rumah dengan sekolah sekangkang kera, tapi penat jugak la kalau jalan kaki. HEE. Suka suki je nak ponteng bila. HEE. Tapi zaman sekolah paling seronok. =')

Ingat lagi bangunan D kelas hujung sekali tingkat 3. Kelas 5 Bestari. Kat dalam kelas tuh la kami ponteng perhimpunan walaupun pengawas, dalam kelas tuh la banyak nye duka suka pahit manis masam kami bersama, dalam kelas tu jugak la aku dengan kawankawan yang lain kena sebat dengan cikgu pengawas dulu sebab tak turun perhimpunan.
Banyak kenangan sebenarnya. Dan aku sangat rindukan saat saat itu.
=')




Bday 3 orang dalam 1 masa.

Auwwww (!)
Happy Bday Makcik Murni, Khairul dengan Asnawi (!)

* Lama gila aku tak mencekik Chocolate Indulgence nih. HEE.

Zoo Time (!)

Date: 10 December 2011
Venue: Zoo Negara, Taman Melawati

Bak datang punya excited aku nak pergi Zoo Negara masa ni. Almaklumlah lama sangat tak pergi kan. =)

Well, itu pun sebab cousin dari kampung datang. Kalau tak, memang tak merasa aku nak pergi Zoo Negara tuhh. Harap dekat je dengan rumah. Ouhh ya, gajah dah tak boleh naik kan? Kenapa ehy? Rindu aku nak naik gajah. Kuda padi pun tak ada dah. Kandang dia kosong je masa aku lalu hari tuh. Haihhh.


Bodyguards 2 ketul nih haruslah ada. HAHA. Mereka mereka nih dah rajin dah ikut ibuayah gi jalan. Maybe sebab kena leter kot. Penat dah nak dengar. HAHA. Dan dan masa masuk tempat Reptilia tuh, adik Gemok, si Nawi nih nak sangat pegang ular. Kitaorang adik beradik pun tak berani. Balik balik demam jugak budak kecik nih. :)


Besar kan ular nya? Aku nak pegang pun naik bulu roma mak nyahhhhh (!)

Okayyy, jalan punya jalan, nampak la satu nama haiwan yang pelik. Nih namanya,


Acaner tuh? Bak kata Payed, sebab hidung dia macam babi badan macam rusa. HAHA. Ada ada je kan? =)

Amazing facts to share. =)
Paling amazing : Females give birth standing and the calf is dropped from a height of 2m without any ill effects (!)
Subhanaalah. Kuasa Allah. =)

Pandai haiwan haiwan nih posing kan? Seronok bila tengok penguin tuh jalan. Sejak tengor Mr. Popper Penguin dengan Happy Feet, aku berkenan pulak dengan si penguin nih. HAHA. ;)

Ramai yang tanya macam mana kitaorang adik beradik boleh rapat gila macam member baik. Senang je, dah kata siblings buat pe nak gaduh gaduh. pi mai pi mai tang tu jugakk. Nak mintak tolong nanti dengan adik beraik jugak. Setakat nih alhamdulillah, hubungan kami adik beradik macam isi dengan kuku. Walaupun kadang kadang bercakaran macam harimau sampai pening kepala Quenn dengan King kat rumah tuh. Bak kata Queen, ' Aku ada anak 3 orang je tapi bila semua ada rumah macam rasa ada 10 orang anak.' HAHA.

Aku tak tahu kenapa tapi aku suka gambar nih. HAHA. Abaikan je. Mahu kene penyepak kang, HAHA. Ouhh ya, saya jumpa Liyana kat sini. Seronok plus segan bila dia cakap badan aku dah kecik. Padahal gemok je lagi. HAHA.

Dulu datang still pakai tag children. Sekarang dah pakai Adult punya dah. Dah berapa zaman tak pergi Zoo nih. HEE.

Masih lagi setia. =)


*More pictures in FB. :)

Daging Goreng Cili Padi.

Queen terkejut bila aku cakap aku nak masak harini. HEE. Semangat tu teman pergi Pasar Tani kat Setiawangsa tuh beli daging semua. HEE. Komen yang memberangsangkan dari pihak ahli keluarga. =)

Queen cakap sedap tapi pedas nak mampus. Boleh kena buasir. Tapi kan pedas pedas pun aku tengok habis jugak. Licin lincau. Satu benda pun tarak tinggal. HEEE.

* Queen cakap boleh kahwin dahh. HAHA.




Shared.



Ombak Rindu =)

Finally (!)
Midnight pun penuh. Jenuh kepala tengkorak aku nak pandang skrin bila duduk barisan 2 hadapan. Nasib dapat tengok muka Aaron Aziz tu dekat dekat. Auwwww. HAHA.

*Aku menangis juga tengok cerita nih. :')
**Double thumbs up to all the crew (!)

Ombak Rindu



I think the most awesome Malay song. Sangat terasa dengan bait bait lirik yang ditulis. =')

Adira :
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Hafiz :
Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku

Adira :
Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hafiz :
Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hafiz & Adira :
Hanya mampu berserah
Moga cahaya tiba nanti

Hafiz:
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya

Adira:
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku



Thanks mom (!)

Yeahh (!) Again dapat lagi purse baru tapi kali nih, purse tuh sangat gedabak okayy. Tahu lah Syud nih suka pakai yang besar besar sekali ibu beli pun yang besar punyaaaa. Ibu cakap, ' tak pe. Nanti boleh bawak pergi event kalau ada.' HAHA. Tapi memang chantekk la kan. HEE. Sampai kan Payol pun cakap, ' besar gedabak ibu belikan untuk kau. ' Tak pe. Handbag pun besar kan. Apa gunanya. HAHA. Nak tengok dalam dia? Nih haaa.


Ibu siap cakap boleh letak phone lagi kat dalam. So senang nak bawak pergi mana mana. Try try masuk tengok tak boleh pun sebab phone pun lebih kurang je besar. HAHA.

* Apa apa pun terima kasih ibu. :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...